Latar Belakang
Sekapur sireh, seulas pinang
Kelab Teater Putra atau TEATRA secara rasminya telah tertubuh pada 21 Disember 2019 dan berada bawah seliaan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. TEATRA pada asalnya telah tertubuh sejak tahun 1977 dan sudah dua kali melakukan penstrukturan dan penjenamaan semula agar kekal relevan dalam industri teater. Penubuhan TEATRA pada kali ini adalah lebih berfokuskan kepada persaingan secara sihat dalam industri teater.
TEATRA merupakan satu platform yang dibuka secara khas kepada semua para alumni, staf dan juga mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Walaubagaimanapun, TEATRA akan tetap mengekalkan hubungannya dengan dunia luar dan mengalu-alukan penyertaan orang awam untuk berkolaborasi bersama-sama dalam memartabatkan industri teater tanah air.
Pada tahun 2020, TEATRA juga telah merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti bengkel teater, persembahan dan menjalankan aktivti sihat yang lain seperti program khidmat masyarakat kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan kewujudan TEATRA akan terus dapat menyumbang ke arah dunia teater yang lebih positif, kompetetif dan kompeten.
