
TEATRA
Memacu Lantai Seni Persembahan ke Suatu Persada Teratas
Kami di TEATRA komited dalam memberikan suatu anjakan dalam lantai seni persembahan bagi memastikan dunia teater tidak lapuk dan berada pada suatu aras yang membanggakan. Kami percaya pada setiap potensi dan kebolehan serta memberi ruang kepada semua untuk bersatu dan membuktikan lantai seni persembahan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Jadi tunggu apa lagi?
Sertai kami di TEATRA untuk membantu usaha kami dalam menganjak persepsi umum dan mengubah kehidupan anda.
TEATRA Sekilas Pandang
Sedikit Latar Belakang Kami
Kelab Teater Putra atau TEATRA secara rasminya telah tertubuh pada 21 Disember 2019 dan berada bawah seliaan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. Penubuhan TEATRA adalah lebih berfokuskan kepada persaingan secara sihat dalam industri teater.
TEATRA merupakan satu platform yang dibuka secara khas kepada semua para alumni, staf dan juga mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Walaubagaimanapun, TEATRA akan tetap mengekalkan hubungannya dengan dunia luar dan mengalu-alukan penyertaan orang awam untuk berkolaborasi bersama-sama dalam memartabatkan industri teater tanah air.
“Jangan takut jatuh,
kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh”
- Hamka -
Acara 2020
- Persembahan TeaterTarikh danLokasi akan diumumkan
- Kem Pemantapan OrganisasiTarikh danLokasi akan Diumumkan
- Bengkel Lanjutan Teater Fauziah NawiSat, 07 MarPanggung Percubaan, Pusat Kebudayaan & K
Hubungi TEATRA
Kami amat menghormati privasi anda. Maka dengan penuh rasa tanggungjawab, kami memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan data peribadi anda adalah selamat dan simpanan rekod tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia
03-8946 7324